Pages

Tuesday 22 May 2012

Kabulkanlah Doa Kami


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon keampunanMu di atas segala dosa yang telah ku lakukan, disebabkan bantuan kedua-dua belah kaki kami melangkah, atau disebabkan hasil kerja buat kedua belah tangan kami, atau menerusi pengamatan kedua-dua bola mata kami ini, atau melalui pendengaran kedua-dua belah telinga kami ini, atau dengan kepetahan pertuturan lidahku yang tidak bertulang ini….Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….
Kemudian kami ingin juga memohon keampunan di atas segala kurniaan dan rezeki pemberianMu yang telah kami gunakan dan rosakkan ke jalan yang Engkau tidak redhoi…Selepas itu, dengan sifat kejahilan kami terus memohon kepadaMu supaya dilimpahkan ke atas kami rezeki yang mencurah-curah tanpa rasa segan silu…Namun dikau tetap dengan sifatMu yang Maha Pemurah mengurniakan kepada kami rezeki dan kurnia walaupun malangnya sesudah itu kami tetap tidak menggunakan semua itu ke jalan yang sepatutnya…Kami salurkan kurniaanMu itu dengan melakukan maksiat dan kederhakaan kepadaMu… Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami amat mengharapkan belas kasihanMu agar Dikau dapat mengampunkan segala dosa yang telah kami lakukan samada ketika siang hari yang terang benderang ataupun ketika malam hari yang gelap gelita….Samada kami melakukannya di khalayak ramai ataupun ketika bersendirian…Samada dalam keadaan rahsia ataupun terang-terangan…Kami melakukan semua dosa dan kesalahantersebut dalam keadaan kami  amat mengetahui bahawa Dikau sentiasa melihat dan memrhatikan setiap gerak-geri  kami ini.Ampunkanlah keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon keampunanMu di atas setiap kefardhuan yang Dikau wajibkan ke atas kami untuk mengerjakannya tetapi kami mengabaikan semua itu samada kerana salah silap atau sengaja atau terlupa atau jahil dengan kefardhuannya. Dan kami juga memohon keampunanMu kerana tidak mengamalkan sunnah-sunnah kekasihMu Muhammad SAW samada kerana kelalaian, terlupa,jahil, memperolok-olok dan tidak ambil pusing dengan keutamaan melaksanakan segala sunnah tersebut… Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….Kami kembali dan bertaubat kepadaMu daripada segala yang tidak Dikau redhoi samada perbuatan atau pertuturan, juga yang zahir dan yang batin…
Wahai Tuhanku, kami mempunyai saudara-mara dan sahabat handai yang kami kasihi dan sayangi keranaMU Ya Allah…..Kurniakanlah kepada kami semua sifat Ikhlas di dalam ucapan dan perbuatan kami…Jadikanlah kami semua sebagai pendamping kekasihMu Muhamad SAW di Syurga FirdausMU nanti….Ameen Ameen Ameen ….Ya Rabbal Alamin…

No comments:

Post a Comment