Pages

Wednesday 21 September 2011

Majlis Sambutan 'Idulfitri 1432H & Jamuan Hari Raya SKSHM

     Pada 9hb September 2011 yang lalu, SKSHM telah mengadakan Majlis Sambutan 'Idulfitri dan Jamuan Hari Raya peringkat sekolah.Suasana yang penuh ceria dan warna-warni menjadikan pagi Jumaat itu begitu berseri.Semua murid,guru dan warga SKSHM memakai pakaian raya masing-masing.Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir sehingga tamat waktu persekolahan.
     Majlis tersebut dipengerusikan oleh 2 orang murid tahun 3 iaitu Mohd Naiem dan Nurul Nabila.Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid lelaki dan perempuan (Zahirul dan Hazirah), ucapan wakil guru lelaki dan perempuan ( Cikgu Nur Muhammad dan Ustazah Khoriyaton) dan ucapan Guru Besar Tuan Haji Radin Mohd Mokhtar bin Radin Mahfudz.Setelah selesai semuanya, majlis diakhiri dengan jamuan hari raya yang enak sekali.Pelbaga juadah disediakan termasuk nasi himpit, soto, kek, kuih-muih yang dibawa oleh guru-guru dan murid-murid, dan banyak lagi hidangan lain.Terima kasih kepada mereka yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN.
















Tuesday 20 September 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Sepanjang Ramadhan 1432H

     SK Sungai Haji Muhammad telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang lepas.Program tersebut bertujuan meningkatkan penghayatan murid-murid dan warga sekolah terhadap  Al-Quran dan bulan Ramadhan.Program ini juga dijadikan salah satu aktiviti memeriah dan menghidupkan bulan Ramadhan (Ihya' Ramadhan).Program ini disertai oleh guru-guru dan murid-murid SKSHM.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.Semoga program ini dikira oleh-Nya sebagai amalan kebaikan kita semua..Ameen.