Pages

Wednesday 21 September 2011

Majlis Sambutan 'Idulfitri 1432H & Jamuan Hari Raya SKSHM

     Pada 9hb September 2011 yang lalu, SKSHM telah mengadakan Majlis Sambutan 'Idulfitri dan Jamuan Hari Raya peringkat sekolah.Suasana yang penuh ceria dan warna-warni menjadikan pagi Jumaat itu begitu berseri.Semua murid,guru dan warga SKSHM memakai pakaian raya masing-masing.Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir sehingga tamat waktu persekolahan.
     Majlis tersebut dipengerusikan oleh 2 orang murid tahun 3 iaitu Mohd Naiem dan Nurul Nabila.Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid lelaki dan perempuan (Zahirul dan Hazirah), ucapan wakil guru lelaki dan perempuan ( Cikgu Nur Muhammad dan Ustazah Khoriyaton) dan ucapan Guru Besar Tuan Haji Radin Mohd Mokhtar bin Radin Mahfudz.Setelah selesai semuanya, majlis diakhiri dengan jamuan hari raya yang enak sekali.Pelbaga juadah disediakan termasuk nasi himpit, soto, kek, kuih-muih yang dibawa oleh guru-guru dan murid-murid, dan banyak lagi hidangan lain.Terima kasih kepada mereka yang terlibat dan bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN.
















Tuesday 20 September 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Sepanjang Ramadhan 1432H

     SK Sungai Haji Muhammad telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang lepas.Program tersebut bertujuan meningkatkan penghayatan murid-murid dan warga sekolah terhadap  Al-Quran dan bulan Ramadhan.Program ini juga dijadikan salah satu aktiviti memeriah dan menghidupkan bulan Ramadhan (Ihya' Ramadhan).Program ini disertai oleh guru-guru dan murid-murid SKSHM.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.Semoga program ini dikira oleh-Nya sebagai amalan kebaikan kita semua..Ameen.







Wednesday 24 August 2011

Risalah Ramadhan & 'Idulfitri (Panitia Pend. Islam)

بسم الله الرحمن الرحيم

            Setiap kali tiba bulan Ramadhan, kesedaran beramal serta menghayati ibadah-ibadah wajib dan sunat menjadi begitu bersemarak. Dalam kemeriahan suasana memburu ganjaran pahala berlipat kali ganda ini, ramai yang tidak megetahui status ibadah yang dilakukannya. Adakah sah atau sudah lari dari garis panduan yang sebenar.
            Antara ibadah-ibadah tersebut, ada yang ditentukanmasa dan waktunya, hari dan bulannya seperti berpuasa di siang hari di bulan Ramadhan dan bersolat tarawih, bertadarus di waktu malamnya, solat sunat hari raya, ibadah korban dan seumpamanya.
            Mudah-mudahan kita semua dapat melaksanakan dan menghayati ibadah-ibadah tersebut berpandukan ilmu pengetahuan yang tepat dan praktikal. Maklum sahajalah, ketika mana hendak melaksanakan ibadah-ibadah yang hanya datang setahun sekali, terkadang membuatkan sesetengah kita menjadi lupa tentang kaifiyyat dan tatacaranya, lafaz mahupun doa-doanya. Bahkan ada pula yang terlupa bacaan-bacaannya.
            Kita perlu ingat, beramal tanpa ilmu adalah sia-sia. Begitu juga ada ilmu tanpa diamalkan juga tidak ada gunanya. Oleh itu, sama-samalah kita manfaatkan setiap kesempatan yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan dan beramal dengan segala ilmu yang ada.
            Mudah-mudahan semua amalan kita diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang sewajarnya sebagai aset yang amat berguna untuk hari kemudian serta diberikan-Nya kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi-Nya.
            Amin.

‘RAMADHAN ADALAH BULAN AL-QURAN’

  Firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya : Bulan Ramadhan yang  diturunkan padanya  Al-Quran sebagai hidayah (pedoman dan panduan) bagi manusia sejagat, dan menjadi keterangan untuk menerangkan petunjuk tersebut dan sebagai pembeza di antara yang benar dan salah.
                                                                                                          (Surah Al-Baqarah ;185)


Sabda Rasulullah SAW :

استكثروا فيه - يعني رمضان - من أربع خصال، خصلتين ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة ألا إله إلا الله وتستغفرونه، وأما الخصلتان اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار، ومن سقى صائماً سقاه الله من حوضي شربةً لا يظمأ حتى يدخل الجنة

 (رواه ابن خزيمة في صحيحه)

Maksudnya : Perbanyakkanlah padanya (iaitu bulan Ramadhan) melakukan 4 perkara. 2 perkara daripadanya dapat meraih keredhoan Tuhanmu dan 2 perkara yang selebihnya tidak boleh sekali-kali kamu abaikan.Adapun 2 perkara yang dapat meraih redho  Allah SWT adalah bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunan-Nya…Dan 2 perkara yang tidak boleh kamu abaikan adalah memohon daripada Allah SWT supaya kamu dimasukkan ke dalam syurga-Nya dan mohon berlindung daripada dimasukkan ke dalam neraka-Nya…Dan barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang ingin berpuasa,Allah SWT akan memberikannya minum daripada telagaku (Al-Kauthar) seteguk yang tidak akan dia berasa dahaga sesudah itu sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.
                                         (Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya)


SEJARAH SAMBUTAN HARI RAYA

            Sewaktu baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah, baginda mendapati penduduk Madinah termasuk yang sudah memeluk agama Islam, pada setiap tahun merayakan Hari Raya Nainuz dan Haru Raya Majrajan atau Mahrajan.
            Baginda bertanya kepada kaum muslimin yang turut merayakannya , “Hari apakah ini?”
            Jawab mereka, “Hari Raya kami. Pada hari itu kami bersukaria dan bergembira sejak zaman jahiliyyah lagi.”
            Baginda lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari raya yang lebih baik daripada kedua-duanya iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha.”

Lafaz Takbir Raya

الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ×3
لا إله إلا الله هو الله أكبر ، الله أكبر و لله الحمد
الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ×3
الله أكبر كبيرا ، والحمد لله كثيرا ، وسبحان الله بكرة وأصيلا ،
لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون ، لا إله إلا الله وحده ، صدق وعده ، ونصر عبده ، وأعز جنده ، وهزم الأحزاب وحده ، لا إله إلا الله ، والله أكبر ،
الله أكبر ولله الحمد.
--------------------------------------------------
Sebagai renungan, hayatilah syair Abu Tayyib Al-Mutanabbi :
وما كل ما يتمنى المرء يدركه *** تجري الرياح بما لا تشتهي السفن  
Tidak semua yg diimpikan oleh seseorang itu dapat  dicapainya.. (ambillah iktibar daripada) kadang-kadang angin bertiup di laut dari arah yang tidak sama dengan kehendak kapal...
 
------------------------------------------------------------------
 
 
PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN  PADA HARI RAYA ‘IDULFITRI :
·        * Menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadah.Sabda Rasulullah SAW :
من قام ليلة العيدين لله محتسبا لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
(أخرجه ابن ماجه و البيهقي و الطبراني)
Maksudnya : Barangsiapa mennghidupkan malam dua hari raya (‘idulfitri dan ‘iduladha) dengan penuh perhatian dan teliti, hatinya tidak akan mati ketika hari di mana hati-hati orang lain semuanya mati.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan At-Tobrani)

·         *Mandi sunat hari raya.(bagi yang ingin bersolat dan juga yang tidak, termasuk wanita haid)
·         *Memakai pakaian terbaik bagi yang keluar ataupun tidak keluar dari rumah.
·         *Membersihkan diri. (mencukur bulu-bulu di badan, bersugi/bersiwak, menipiskan misai, mengemaskan janggut, menyisir rambut, memotong kuku dan sebagainya)
·         *Makan sedikit sebelum keluar untuk solat sunat hari raya ‘idulfitri. Namun pada ‘Iduladha sunat makan selepas solat sunat.
·         *Bertakbir.
·         *Solat sunat hari raya ‘idulfitri.(Sunat juga bagi wanita haid untuk keluar menuju perhimpunan solat sunat hari raya tanpa melakukan solat tersebut)
·         *Melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan balik dari solat sunat.
·         *Menzahirkan kegembiraan.
·         *Mengucapkan tahniah sesama sendiri seperti ucapan ‘Selamat Hari Raya ‘Idulfitri‘.
·         *Ziarah-menziarahi.

Wednesday 27 July 2011

UPSR 2011

Buat murid-murid Tahun 6, diharap akan berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapi UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi. Jangan mengalah sebelum berjuang. Perjalanan anda masih panjang.

Tuesday 26 July 2011