Pages

Thursday 24 May 2012

Tempahan T-Shirt Kelab Staf SKSHM 2012

Hubungi Ustaz Ahmad Fauzi untuk membuat tempahan. Terima kasih.

Pertandingan Badminton MSSSPK Kelompok 7


Tahniah kepada atlit badminton Sk Sungai Haji Muhammad kerana muncul Naib Johan dan tempat Ketiga kategori Perseorangan Perempuan 12 Tahun. Siti Nordiana binti Anuar telah layak menyertai Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Hilir Perak. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang tidak berjaya... 

Naib Johan : Siti Nordiana binti Anuar
Ketiga : Nurliza Hazirah binti Kamarudin


Siti Nordiana memerima hadiah naib johan pertandingan

Norliza Hazirah menerima hadiah di tempat ke-3

Wednesday 23 May 2012

Bendera Baru SKSHM

Setelah bermesyuarat semalam, akhirnya pihak sekolah telah memutuskan untukmenerima cadangan mencipta bendera baru untuk SK Sungai Haji Muhammad.


Terima kasih kepada semua yang terlibat.Selamat maju jaya.

Tuesday 22 May 2012

2 Orang Murid Kesayangan SKSHM

 Muhammad Nor Aiman bin Darma Azizan

Muhammad Shamil Mustaqim bin Nor Saiful Bahari

Semoga mereka berdua menjadi murid yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Pabila dewasa kelak, menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Amin.

Bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Bermula 21 Mei 2012, murid-murid menduduki peperiksaan pertengahan tahun bagi 2012. Kehadiran murid setakat ini adalah 100%. Mereka menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.Mudah-mudahan mereka berjaya dalam peperiksaan tersebut dan dapat mengambil pengajaran daripada kesilapan yang telah dilakukan.





Kabulkanlah Doa Kami


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon keampunanMu di atas segala dosa yang telah ku lakukan, disebabkan bantuan kedua-dua belah kaki kami melangkah, atau disebabkan hasil kerja buat kedua belah tangan kami, atau menerusi pengamatan kedua-dua bola mata kami ini, atau melalui pendengaran kedua-dua belah telinga kami ini, atau dengan kepetahan pertuturan lidahku yang tidak bertulang ini….Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….
Kemudian kami ingin juga memohon keampunan di atas segala kurniaan dan rezeki pemberianMu yang telah kami gunakan dan rosakkan ke jalan yang Engkau tidak redhoi…Selepas itu, dengan sifat kejahilan kami terus memohon kepadaMu supaya dilimpahkan ke atas kami rezeki yang mencurah-curah tanpa rasa segan silu…Namun dikau tetap dengan sifatMu yang Maha Pemurah mengurniakan kepada kami rezeki dan kurnia walaupun malangnya sesudah itu kami tetap tidak menggunakan semua itu ke jalan yang sepatutnya…Kami salurkan kurniaanMu itu dengan melakukan maksiat dan kederhakaan kepadaMu… Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami amat mengharapkan belas kasihanMu agar Dikau dapat mengampunkan segala dosa yang telah kami lakukan samada ketika siang hari yang terang benderang ataupun ketika malam hari yang gelap gelita….Samada kami melakukannya di khalayak ramai ataupun ketika bersendirian…Samada dalam keadaan rahsia ataupun terang-terangan…Kami melakukan semua dosa dan kesalahantersebut dalam keadaan kami  amat mengetahui bahawa Dikau sentiasa melihat dan memrhatikan setiap gerak-geri  kami ini.Ampunkanlah keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon keampunanMu di atas setiap kefardhuan yang Dikau wajibkan ke atas kami untuk mengerjakannya tetapi kami mengabaikan semua itu samada kerana salah silap atau sengaja atau terlupa atau jahil dengan kefardhuannya. Dan kami juga memohon keampunanMu kerana tidak mengamalkan sunnah-sunnah kekasihMu Muhammad SAW samada kerana kelalaian, terlupa,jahil, memperolok-olok dan tidak ambil pusing dengan keutamaan melaksanakan segala sunnah tersebut… Ampunkanlah dosa dan keterlanjuran kami ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang….Kami kembali dan bertaubat kepadaMu daripada segala yang tidak Dikau redhoi samada perbuatan atau pertuturan, juga yang zahir dan yang batin…
Wahai Tuhanku, kami mempunyai saudara-mara dan sahabat handai yang kami kasihi dan sayangi keranaMU Ya Allah…..Kurniakanlah kepada kami semua sifat Ikhlas di dalam ucapan dan perbuatan kami…Jadikanlah kami semua sebagai pendamping kekasihMu Muhamad SAW di Syurga FirdausMU nanti….Ameen Ameen Ameen ….Ya Rabbal Alamin…

Tuesday 15 May 2012

Majlis Perpisahan Ustazah Khoriyaton binti Abas

Setelah 23 tahun memberikan perkhidmatan di SK Sg Haji Muhammad, Ustazah Khoriyaton binti Abas telah diarahkan bertukar ke SK Simpang Tiga atas pergerakan perkhidmatan.
Pihak sekolah telah mengatur majlis perpisahan buat beliau. Beliau merupakan guru ataupun staf SK Sg Hj Muhammad yang paling lama memberikan perkhidmatan di sini. Sudah tentulah beliau mempunyai pengalaman pengetahuan yang amat luas berkenaan sekolah ini.
Beliau merupakan tempat rujukan utama tentang perkara-perkara yang melibatkan penduduk kampung, ibu bapan dan latar belakang murid-murid.
Kami doakan ustazah sentiasa iltizam dan bersemangat meneruskan perkhidmatan di sekolah baru.
Semoga berjumpa lagi.